Saturday, October 3, 2009

Koir

Salam, Semua AJK Puteri Lembah Pantai dan Puteri-puteri Cawangan yang berminat untuk menbantu dan menyertai Kumpulan Koir UMNO Bahagian lembah Pantai ( bagi persiapan Perhimpunan Agong UMNO Malaysia) boleh la berikan nama anda kepada Uda di 012-420 2066

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidil Fitri 1430H


Aidilfitri hari kemenangan...Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan...Bagi mereka yang kekurangan

Tanpa mengira miskin kaya....Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya...Maaf-maafan di hari bahagia

Cincin disarung hati berdebar...Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar...Aidilfitri disambut dengan meriah

Ketua & Naib Ketua serta barisan AJK Puteri UMNO Lembah Pantai memohon kemaafan kepada anda sekalian andai kata kami ada terkasar bahasa terkurang budi bahasa sepanjang perkenalan kita. Semoga jalinan mesra yang terjalin abadi selamanya.

Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Memandulah dalam keadaan yang segar, jika penat atau mengantuk, berhenti seketika di R&R untuk berehat. Ingat keluarga yang menanti anda di kampung.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H
Maaf Zahir & Batin..

Monday, September 14, 2009

Kenangi Mereka Sayangi Mereka - Satu Kejayaan...


Salam...

Seperti yang sedia maklum, pada 12 September 2009, Puteri UMNO Bahagian Lembah telah mengadakan satu Program Amal "Kenangi Mereka Sayangi Mereka' Program yang telah diadakan bertujuan meringankan beban ahli keluarga anak-anak kurang upaya, yatim piatu, fakir miskin dan kurang berkemampuan di bawah umur 12 tahun. Program telah dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah YB Senator Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin serta isteri Datin Nafizah Raja Nong Chik, Ketua Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai Dato' Sharifah Aminah, wakil penaja iaitu JAKEL Trading En. Ma'amor Bin Haji Hussain.

Alhamdullillah, program telah berjalan dengan selamat dan jayanya. Segala keperluan telah ditaja sepenuhnya oleh pihak Jakel Trading yang mana pemberian hamper, baju raya serta duit raya telah diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Melihat wajah kegirangan serta kegembiraan kanak-kanak yang menerima sumbangan yang diberi terasa penat lelah yang dilalui sebelum program dijalankan hilang begitu sahaja. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Jakel Trading. Kepada orang perseorangan yang turut memberi sumbangan, terima kasih jua di ucapkan kerana sumbangan anda sedikit sebanyak meringankan beban keluarga kanak-kanak tersebut.

Kepada ahli-ahli serta barisan AJK Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai yang terlibat dalam menjayakan program ini, terima kasih dan tahniah di ucapkan. Semoga program ini dapat dijadikan panduan dalam mengendalikan program-program yang akan datang.

Program yang telah memasuki tahun keempat ini juga didedikasikan khas buat mantan Ketua Puteri kita iaitu Kak Nana yang mana antara pencetus idea bagi memulakan program ini.

Terima kasih semua....!!!!

Friday, September 4, 2009

'Kenangi Mereka Sayangi Mereka"



Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Dengan penuh rasa rendah diri, Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai akan menganjurkan satu Program Amal "Kenangi Mereka Sayangi Mereka" yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 12 September 2009 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pejabat UMNO Bahagian Lembah Pantai

Program yang diadakan pada setiap tahun ini bermatlamat untuk membantu anak-anak penduduk Lembah Pantai yang kurang bernasib baik seperti anak-anak kurang upaya, yatim piatu, fakir miskin dan dari keluarga yang kurang berkemampuan di bawah umur 12 tahun. Seramai 100 kanak-kanak telah dikenal pasti untuk program amal ini.

Bagi membantu golongan ini, pihak Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai telah mengambil inisiatif untuk menjual barangan hiasan wanita iaitu gelang untuk menambahkan lagi dana bagi program "Kenangi Mereka Sayangi Mereka' ini. Dana yang akan diperolehi nanti, akan digunakan untuk meringankan serba sedikit beban ahli keluarga kanak-kanak tersebut bagi membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma nanti.

"Membeli sambil Beramal" ini mengharapkan anda sekalian membantu kami untuk menambahkan dana bagi membeli keperluan diri kanak-kanak ini. Sebanyak 35 pasang gelang akan di jual dengan pembelian minimum sebanyak RM30.00. Para pembeli/dermawan yang sudi membeli gelang-gelang tersebut akan dijemput sama untuk mengikuti program amal ini yang akan berlangsung pada 12 September 2009 nanti. Pembelian/sumbangan perlu dibuat sebelum 11 September 2009.

Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai mengharapkan sokongan dari anda sekalian untuk melancarkan lagi Program Amal Tahunan "Kenangi Mereka Sayangi Mereka' ini. Kepada yang sudi untuk membeli dan juga untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil dari Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai seperti berikut :

Ketua Puteri : Nor Asyikin Jafar ( 016 - 333 6753 )
Penyelaras Program : Islina Ibrahim ( 012 - 321 4844 )


Bagi sumbangan persendirian, boleh lah di buat melalui akaun seperti berikut:

Tabung Amal Program "Kenangi Mereka Sayangi Mereka:
Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai
RHIB Bank - 2643 - 3900 - 0013 - 16

Pihak Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai amat mengalu-alukan sokongan dari anda sekalian Sesungguhnya, sumbangan dari anda kami dahului dengan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima. AMIN..

Sekian, Terima Kasih.

Thursday, August 27, 2009

Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 52 Tahun 2009


Assalammualaikum wbt..

Segala puji dan penuh kesyukuran ke Hadrat Illahi kerana dengan hidayahNya kita rakyat Malaysia masih mampu mengecapi kehidupan yang aman damai walaupun pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarga baginda, para sahabat dan juga pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan kepada alam yang penuh nur ilmu pengetahuan sebagaimana yang kita kecapi pada saat ini.

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan. Kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telah mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan seperti mana kita kecapi pada hari ini.

Erti sebenarnya kemerdekaan bukan hanya bermaksud bebas daripada penjajah tetapi juga dari segi minda, yang mana masyarakat perlu berkembang, bersifat terbuka dan memperkayakan diri dengan nilai-nilai yang baik. Sememangnya kemerdekaan minda ini mempunyai maksud yang besar. Minda merdeka adalah minda yang positif dan sentiasa berfikir, yang dapat mengamalkan cara berfikir di luar kotak dan yang lebih penting ialah BERDIKARI. Semoga seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan muda masa kini memerdekakan minda dari berfikiran hidup dalam serba kekurangan, kemiskinan dan fikiran yang membuatkan rasa rendah diri. Sesungguhnya, kita generasi muda inilah yang bakal membentuk negara Malaysia ke arah yang lebih maju dan berjaya lagi.

Bagi tahun 2009, "1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 ( logo di atas) telah dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 pada tahun ini. Sambutan akan diadakan pada 31 Ogos 2009 di Perkarangan Bangunan Parlimen.

Diharap semua ahli-ahli Puteri dapat bersama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara Malaysia kita yang tercinta ini. Salam Kemerdekaan Tahun 2009.
...MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA...

Selamat Hari Lahir - Ogos 2009

Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai mengucapkan
Selamat Hari Lahir kepada ahli-ahli Pu3LP
yang menyambutnya pada bulan Ogos 2009.
Moga kalian dapat hadiah banyak-banyak yerr.... !!

1 Ogos
Zuraini Hassan (Caw. Kg. Hj Abdullah Hukum)
Azlinda Muhammad (Caw. Vista angkasa)
Nur Akma Aizam Hussin (Caw. Bukit persekutuan)
Norhidayah Ramli (Caw. Kg. Pantai)

2 Ogos
Shafilliza Samsuri (Caw. Bangsar Baru)

3 Ogos
Fazlina Marjani (Caw.Flat 17 Tgkt)
Norhayati Ramli (Caw. Kolam Air)
Fatimah Osman (Caw. Angsana)
Zahara Mohd Sarif (Caw. Bukit Persekutuan)
Fara Arnizah Jamil (Caw. Flat 17 Tgkt)

4 Ogos
Esah Bee@Rofidah Maidin (Caw. Simpang Tiga)
Sharinoor Jamaludin (Caw. Kampung Pantai)
Norafida Bachik (Caw. Kg. Hj Abdullah Hukum)
Azrena Ramli (Caw. Flat 17 Tgkt)

5 Ogos
Noorfaizah Muhammad Foud (Caw. Kg. Pantai)
Noorirdawaty Kamarodzaman (Caw. Kolam Air)

6 Ogos
Alfahanim Ahmad (Caw.Taman Sri Sentosa)
Saidatul Idayu Hamdan (Caw.Tmn. Bkt Angkasa)

7 Ogos
Nur Suhada Bakri (Caw. Vista Angkasa)

9 Ogos
Anizan Azma Abd. Latif (Caw. Kg. Pantai)
Sazarinda Md. Zaki (Caw. Vista Angkasa)

11 Ogos
Marlianawati Mohd. Ramli (Caw. Simpang Tiga)
Norhazlina Shamsuddin (Caw. Kg. Maarof)

12 Ogos
Suhaida Rasul(Caw.Kg Hj Abdullah Hukum)

13 Ogos
Nornazarina Abu Khalid (Caw.Kg Sri Pinang)

14 Ogos
Fazleena Yop (Caw.Bkt. Travers)
Juliana Kamarudin (Caw. Bkt. Bakong)
Hezlina Abu Zarim (Caw.Sri Pahang)
Norhidayah Mohd. Rashid (Caw. Kg. Bkt. Putra)

15 Ogos
Rohaida Md.Daud (Caw. Bangsar Baru)
Nor Hamiza Hamid (Caw. Tmn. Bkt. Angkasa)

16 Ogos
Natasha Zainal (Caw.Angsana)
Norsyahidah Hanim Mohd. Sallehuddin (Caw.Kg. Pasir Lama)
Hayati Wahab (Caw. Kg. Maarof)
Normalini Ab. Malik (Caw. Kg. Pasir Lama)
Siti Arfiana Abu Hasan (Caw. Bkt. Persekutuan)
Nur Shahida Sapii (Caw. Kg Pantai)
Jammaatun Ahmad Zabidin (Caw. Perumahan Kaw. D)

18 Ogos
Khairunnisa Wahidduddin (Caw. Bkt. Bakong)
Rosalizal Ibrahim (Caw. Vista Angkasa)

19 Ogos
Sohana Mazlan (Caw. Kg. Hj. Abdullah hukum)
Nurfatin Sulaiman (Caw. Kg. Pantai)

20 Ogos
Marini Abd. Rashid (Caw. Bangsar Baru)

21 Ogos
Norshila Abd. Rahman (Caw.Kg. Bkt. Putra)

22 Ogos
Norliza Ismail (Caw. Kg. Bkt. Putra)
Robe’ah Yusuf (Caw. Vista Angkasa)

23 Ogos
Zarina Abd. Jalil (Caw. Kg. Pantai)

24 Ogos
Ramlah Yusof (Caw. Kg. Pasir kiri)
Noorhashimah Nordin (Caw. Kg. Maarof)

25 Ogos
Norizan Ngah (Caw. Kg. Hj. Abdullah hukum)

26 Ogos
Saripah Zainol Abidin (Caw. Rumah pangsa 4 tgkt)

27 Ogos
Nor Azliza Idris (Caw. Vista angkasa)
Salinawati Ja’afar (Caw. Kg. Maarof)
Norhasella abd. Hamid (Caw. Bangsar Baru)

28 Ogos
Syahnorain Mustafa (Caw.perumahan kaw. D)

29 Ogos
Nuramirah Hj. Padil rahman (Caw. Kg. Pasir baru indah)

30 Ogos
Farafarhana Ahmad (Caw.Kg. Sri Pinang)

31 Ogos
Nor Asmah Sabtu (Caw. Taman Sri Sentosa)
Noor Juliza Mohd. Zaki (Caw. Taman Sri Sentosa)
Khodijah Mohd. Ghazali (Caw. Kg. Maarof)

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan - Tetamu yang dinanti...


Salam...

Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah.

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan.

Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.

Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu.

Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t. sendiri yang akan membatas pahala orang yang berpuasa.

Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami bahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerja bukanlah kerana makan saja tetapi kerana keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi penggerak kepadanya. Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan ketika pertama kali orang Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah menjadi kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana keimanan yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa musuh yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang lapar dan sedikit jumlahnya.

Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya kekuatan rohani ini berkesinambungan. Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih dirasai dan berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah mula berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab dan Syaaban.

Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.

Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.

Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.

Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.

Salam Ramadhan....